Monday, June 29, 2009
H1N1
Semua sekolah ditutup disebabkan penyakit influenza H1N1, para pelajar disambung cuti seminggu hingga 6hb Julai 2009M & guru-guru hadir bertugas seperti biasa. Oleh itu, sama-sama lah kita berdoa mudah2an Allah melindungi kita daripada penyakit ini...Amin
Thursday, June 18, 2009
Program Syababul Islam
Pada 14 Jun, seramai 10 orang pelajar Menglait telah mengikuti program syababul Islam buat kali ke-3. Mereka telah mendaftar pada jam 2:30 petang di Sekolah Arab Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit.
Program ini berjalan selama 4hari 3 malam. Mereka ditempatkan diasrama SUAMRIPAD manakala bagi pelajar lelaki ditempatkan diasrama KUPUSB. Ini merupakan pengalaman pertama mereka mengikuti program ini....
Perisian disepanjang program ini antaranya, ialah sesi halaqah, percambahan minda, riadah, kaunseling dan sebagainya.
Pada malam pertama, sesi ta'aruf atau suai kenal diadakan setelah itu peserta lelaki berjalan kaki menuju keasrama KUPUSB, kebanyakkan peserta tidak dapat tidur lena kerana masih tidak biasa dengan keadaan tempat mereka tidur sambil bertukar-tukar pengalaman dengan kenalan baru dari sekolah lain.
Pada malam kedua mereka telah mengadakan percambahan minda mengikut kumpulan masing-masing, antara kumpulan hassan, hussin, hamzah dan sebagainya. Keesokkan harinya sesi halaqah telah diadakan disurau SUAMRIPAD. Tepat jam 10:30 pagi mereka telah dikumpulkan di dewan SUAMRIPAD untuk mendengarkan sessi kaunseling. Sebelah petangnya pula mereka mengikuti sukan ria yang dianjurkan oleh AJK program tersebut.
Pada hari ketiga, kuliah subuh telah diadakan disurau SUAMRIPAD setelah itu para peserta dibawa untuk 'berjogging'. Jam 8 pagi sesi halaqah telah diadakan bagi menyambung pelajaran kelmarin. Di sebelah malamnya pula setelah selesai sembahyang magrib dan isya berjemaah serta makan malam para peserta berkumpul didalam dewan bagi mengikuti pertandingan membaca ayat-ayat lazim. Seramai 7 orang pelajar Menglait mengikutinya
Pada hari terakhir disebelah paginya, para peserta berkesempatan melawat di Jabatan Mufti. lawatan berakhir jam 12:30 dan para peserta terus menunaikan sembahyang fardhu zuhur berjemaah. Setelah makan tenghari para peserta bersiap sedia untuk majlis oenuntup program. Sekali lagi, seorang pelajar dari Sekolah Menglait dipilih waki bagi membuat ucapan dan 2 orang dipilih untuk mengetuai lagu syababul Islam. Semasa majlis penuntup ini, juruacara telah mengumumkan peserta terbaik keseluruhan disandang oleh MOHD KHAIROL NUR ALIF dari Sekolah Menengah Menglait...TAHNIAH diucapkan....APA-APAPUN diucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar-pelajar yang lain kerana memberikan kerjasama semasa program ini dijalankan.

Subscribe to:
Posts (Atom)