Thursday, February 11, 2010

PETUA MUDAH BELAJAR IRK

SETELAH SAYA BERTANYA KEPADA PELAJAR-PELAJAR APAKAH MATAPELAJARAN YANG SUSAH DALAM IRK, RATA-RATA MEREKA MENGATAKAN SEJARAHHHHHHHH................ DISINI SAYA INGIN BERKONGSI PENGALAMAN BAGAIMANA KITA MUDAH UNTUK MEMPELAJARI SEJARAH DALAM IRK.

1. TUKAR 'MINDSET'

Minda diibaratkan sebagai pemandu diri kita, jika minda kita mengatakan 'SUSAH' 'BORING' 'MALAS' dan sebagainya pasti tindak balas yang kita terima semuanya negative. Tetapi sebaliknya jika minda mengatakan 'SIUK' 'RAJIN' pasti tubuh badan kita lebih bersemangat dan subjek yang kita pelajari pasti mudah. Oleh itu pelajar-pelajar seharusnya menukar MINDSET agar semua pelajar menjadi mudah.

2. MINAT

Seorang pemain bolasepak kebangsaan tidak akan menjadi pemain bolasepak sekiranya minat beliau bernyanyi, begitulah sebaliknya. Oleh itu, pelajar-pelajar seharusnya menanamkan perasaan MINAT pada mata pelajaran ini terlebih dahulu, walaupun hati mengatakan tidak.

3. PERLU ADA DUIT

D= Doa

U= Usaha

I= Istiqamah (berterusan)

T= Tawakal

4. MEMBAYANGKAN DIRI AWDA BERADA DALAM ZAMAN ITU

sekiranya guru mengajar sejarah bani umaiyah, pelajar-pelajar cuba untuk membayangkan yang diri kamu berada dalam zaman tersebut. Ia bukan saja membantu memudahkan kamu belajar tetapi membantu kamu mengingat jalan ceritanya secara 'longterm'

5. SEDIAKAN NOTA KECIL

Pelajar disarankan menyediakan nota kecil untuk menulis isi-isi penting, tarikh berlakunya, tarikh pemerintahannya dan sebagainya. Jika tidak cuba untuk mengHIGHLIGHT isi-isi penting bagi membantu kamu mengingat.

6. MENGHAFAL

Matapelajaran IRK bukan saja kita faham tetapi kita perlu hafal isi pelajaran tersebut. Jika pelajar yang belum biasa untuk menghafal cuba buat hafalan 30minit dalam sehari, kemudian apabila sudah terbiasa boleh lah menghafal sejam atau dua jam dalam sehari.

7. BUAT JADUAL ULANGKAJI

Para pelajar seharusnya bijak membuat jadual ulangkaji dalam seminggu. contohnya setiap malam selepas sembahyang isya latih diri untuk mengulangkaji pelajaran dalam 2 jam dan berikan 15minit untuk berehat. Latihan ini dibuat setiap hari, iaitu hari isnin hingga jumaat, manakala sabtu dan ahad bolehlah diisi dengan beriadah, berkumpul dengan keluarga, kawan atau membuat aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

No comments:

Post a Comment